Monday, April 6, 2009

Hari ini Ujian Wacana Bahasa Melayu


Belum pun sempat aku mengepos habis semua nota-nota wacana akademik bahasa melayu (wabm) hari ini aku dah selesai menjawab soalan-soalan wabm yang diberi oleh pensyarah aku cik Diana. Tak tau lah sama ada aku lulus ke tak sebab ada jugak soalan-soalan yang aku tak dapat jawab, main bedal je..betul ke tak suku kira...sedihnya

Aku pos nota dalam ni pun hanya nak bagi ingat kat dalam otak ni ape yang cik ajar. kalau baca sambil taip tu rasanya melekat lama sikit la. Jadi walaupun aku dah selesai jawab ujian tadi aku rasa nak taip lagi nota-nota wabm ni, bukan apa nota ni berguna sangat untuk latihan berucap dan pemantapan kendiri semasa pembentangan dan sebagainya dan yang lebih penting ilmu ni berguna sampai la jadi cikgu nanti. Nota-nota ni semua nota yang telah diringkaskan, nota ni pun dari cik diana sendiri...hehe kira ciplak jugak la. Tapi takpe ilmu ni kena sebar-sebarkan. Nabi pun menggalakkan umatnya menyebarkan ilmu tak kira lah ilmu ilmu dunia mahu pun akhirat.

Kepada budak-budak Upc yang ambil subjek wabm ni boleh la kongsi nota-nota ni. Lupa pula tadi banyak jugak soalan-soalan ynag cik diana bagi, aku x pasti pula berapa soalan. Bagi sesiapa yang belum ambil ujian wabm boleh la ambil klu-klu ni, tapi jangan berharap sangat sebab soalan wabm bergantung kepada pensyarah masing-masing.

Topik 1, proses ucapan sampailah petua dalam ucapan baca semua tu, topik 2, baca semua la tak banyak pun. Topik 3, memproses maklumat,topik 4 baik baca semua, topik 5 aku tak tumpu sangat,topik 6,baca semua. Aku syorkan baca semua la jangan baca nota dalam buku sebab nota dalam buku panjang sangat jadi aku syorkan baca nota dalam slide powerpoint. sebab ia telah diringkaskan, selamat berjaya.

Topik 2 : Analisis Dan penilaian pengucapan Awam


Penilaian Dalam Pengucapan Awam

       

        Penilaian dan analisis dalam pengucapan awam adalah stu proses pembuktian tercapainya kecekapan keterampilan pengucap. Sifat penilaian dalam pengucapan awam merupakan pengukuran atas keterampilan yang sudah dikuasai oleh pengucap setelah sesuatu ucapan disampaikan. Untuk mencapai tahap kecekapan  dan keterampilan tersebut penilaian yang dilakukan akan mempertimbangkan dari aspek indicator yang digunakan. Pembuktian keberhasilan pengucapan awam boleh diukur dengan menggunakan;

 

Ø      Penilaian kendiri, dan

Ø      Penilaian rujukan norma atau criteria.

 

Penilaian Kendiri

 

Penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau cara ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Penilaian kendiri melibatkan tiga aspek penilaian, iaitu;

 

a.    Persediaan

v     Membuat analisis audien

v     Kumpulkan maklumat dan idea

v     Mengatur bahan ucapan

v     Merancang ucapan

 

b.    Latihan

v     Membuat beberapa kali latihan (terpulang kepada seseorang pengucap).

v     Menghafal idea dan bukannya ayat atau perkataan.

v     Buat catatan ringkas dan hayati ucapan.

 

c.     Persembahan

v     Gunakan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks.

v     Bahagian awal ucapan pastikanmembuat preview dengan menyatakan sepintas lalu perkara yang akan diperkatakan.

 

Penilaian Rujukan Norma Atau Kriteria

 

        Konsep penilaian menggunakan rujukan kriteria bermaksud sesuatu pengucapan akan dinilai berdasarkan sesuatu penilaian yang dirujuk secara khusus dengan item-item tertentu. Biasanya antara item pengucapan awam yang dinilai seperti

 

  1. Isi
  2. Gaya
  3. Bahasa
  4. Kematangan hujah

 

Secara umum penilaian rujukan kriteria boleh dibuat dalam dua bentuk penilaian,iaitu;

 

a.    Penilaian secara holistik

Ø      Penilaian dibuat secara menyeluruh.

Ø      Terdapat pengkategorian item-item yang hendak dinilai, iaitu aspek

                                                                         i.            Penyampaian

                                                                       ii.            Isi

                                                                     iii.            Bahasa

                                                                    iv.            Tatacara, susunan atau organisasi sesuatu pengucapan awam

 

b.    Penilaian secara analitik

Ø      Penilaian akan dilakukan dengan meletakkan sesuatu item yang hendak dinilai dan membuat perincian sub item.

Ø      Penilaian dibuat dengan membuat penelitian sesuatu item dengan meletakkan sesuatu kategori atau penarafan pengucapan tersebut.

 

 

Contoh Analisis Penilaian Holistik

 

Kriteria

Penyampaian

40

Markah

Penerangan

Cemerlang

26-40

Disampaikan dengan cemerlang, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, informatif dan berkesan.

Sederhana

16-25

Disampaikan dengan agak baik, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, masih informatif dan meyakinkan.

Lemah

0-15

Disampaikan dengan agak memuaskan dan minima sahaja, persembahan kaku, kurang informatif dan agak membosankan.

 

 

Contoh Analisis Penilaian Analitik

 

Penyampaian

Penarafan

Komen

Kontak mata

 

0

1

2

3

4

5

 

Kejelasan dan nada suara

 

0

1

2

3

4

5

 

Kadar kelajuan suara

 

0

1

2

3

4

5

 

Pematuhan pada masa

 

0

1

2

3

4

5

 

 

Topik 1 : Pengucapan Awam

Pengenalan

  • Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan 
  • Dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan
  • Abdul Mua'ti Ahmad, (1994) dalam bukunya; Panduan Pengucapan Awam, menyatakan bahawa "Pengucapan Umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal".

Proses Ucapan (terdiri daripada empat perkara utama iaitu:)

Perucap
Individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak dengan tujuan tertentu

Bahan Ucapan/Skrip
Kandungan isi bicara yang diluahkan

Audien
Kumpulan manusia yang mendengar bicara dan seterusnya bertindak balas terhadap bicara tersebut

Persembahan Ucapan/Situasi
Gaya ucapan disampaikan atau keadaan sesuatu ucapan diadakan

Kepentingan

  • Memudahkan penerimaan idea dan meluaskan pengaruh seseorang.
  • Membantu meningkatkan kerjaya seseorang di alam pekerjaan.
  • Mempromosikan bisnes.
  • Memudahkan idea disampaikan kepada ramai orang dalam jangka masa yang pendek.
  • Membantu sesuatu keputusan dibuat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi semangat kepada pihak audien dalam melakukan sesuatu tindakan.
  • Membantu seseorang berfikir secara tepat, cekap, imaginatif, dan kritis.
  • Meningkatkan keupayaan daya ingatan.
  • Meningkatkan keyakinan, keterampilan dan kepimpinan diri seseorang.

Jenis-jenis Ucapan

Pengkelasan Ucapan
1. Berdasarkan Ucapan
  • Informatif/Pemberitahuan
-Untuk memberi maklumat
-Matlamat perucap adalah untuk memaklumkan atau menerangkan kepada audiens tentang sesuatu konsep, fenomena, perkara, proses, idea dan sebagainya.
-Contohnya, Ceramah Motivasi
  • Pemujukan
-Untuk memujuk
-Menerusi ucapan, perucap cuba mempengaruhi fikiran audiens untuk menghasilkan perubahan dari segi citarasa, sikap, kepercayaan, fahaman atau tindakan.
-Contohnya; jurujual, hakim, peguam, ahli politik dan pegawai motivasi
  • Menghibur
-Tujuan untuk membangkitkan suasana ceria dan menyeronokkan.
-Di majlis keraian. Tetamu khas yang diminta berucap menyentuh hal-hal yang melucukan dan menarik minat audien.
  • majlis Khas
-Ucapan berlangsung dalam sesuatu majlis yang bersifat rasmi. Teks ucapan akan disediakan oleh AJK untuk tetamu yang berucap.

2. Berdasarkan Cara
  • Impromptu
-Disampaikan secara spontan. Perucap hanya membicarakan isu-isu ringan yang menyentuh hal-hal yang telah berlalu, isu semasa, harapan dan ramalan masa hadapan.
-Isi ucapan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.
  • Menghafal
-Ucapan disediakan dengan lengkap
-Perucap hafal teks
-Contohnya, perbahasan dan pidato
  • Membaca Teks
-Membaca sebuah skrip atau teks
-Ucapan ini dilakukan sekiranya terdapat fakta-fakta yang penting, setiap perkataan tercatat perlu dibaca.
-Contohnya; Pembentangan Belanjawan Tahunan oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan
  • Extemporaneous (ucapan yang cukup persediaan)
-Menggabungkan ketiga-tiga jenis ucapan
-Perucap hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu
-Contoh seorang penceramah agama
1. Impromptu - berucap berdasarkan pengalaman dan kemahiran.
2. Hafal - hafal petikan dan contoh-contoh
3. Baca teks - menyediakan isi-isi utama

Ciri-ciri Perucap Yang Baik

1. Berpengetahuan
  • Menguasai bidang
  • Berpengetahuan luas
  • Sensitif pada topik
2. Berkeyakinan
  • Yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik.
3. Berkemahiran Berucap
  • Berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya.
4. Peribadi/Perwatakan Baik
  • Audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan, gerak-geri fizikal dan lain-lain.

Sifat-sifat Perucap yang tidak baik

Perucap yang tidak baik:
  • Seronok sendiri
  • Wayang Kulit
  • Penyajak Kabur
  • Kera Luku
  • Ucapan Kelambu
  • Nenek Berleter

Langkah-langkah Penyediaan dan Persembahan Ucapan berkesan

Langkah-langkah:
  1. Mengawal gugup
  2. Menganalisi diri
  3. Mengumpul bahan - situasi - audien
  4. Menyusun bahan
  5. Merancang teks
  6. Berlatih
  7. Menyampaikan ucapan

Teknik Penyampaian Berkesan 

Peringkat Persediaan:
  • Menetapkan tujuan
  • Analisis diri
  • Analisis audien
  • Analisis majlis
  • Menulis teks ucapan
  • Latihan

Peringkat Penyampaian
  • Bersedia mental dan fizikal
  • Tunjukkan keyakinan semasa berdiri untuk berucap

Peringkat Refleksi
  • Pengucap yang baik akan sentiasa memperbaiki diri. Salah satu contoh dengan edaran
  • Contoh: Borang penilaian kepada audien

Etiket Dan Etika Dalam Pengucapan Awam

Etiket
Melakukan sesuatu dengan betul, kena masa dan tempatnya termasuklah menjaga penampilan diri dan protokol panggilan hormat.

Etika
Berkait dengan darjah betul atau salahnya sesuatu perlakuan manusia. Perkara penting dalam pengucapan :
  • Kejujuran
  • Menyimpan maklumat
  • Kepuasan pendengar
  • Ketepatan

Tanda-tanda Kegugupan

Tanda-tanda gugup secara fisiologi
  • Jantung kencang
  • Berpeluh ketiak
  • Sesak nafas
  • Ketar lutut
  • Pitam
  • Suara lemah
  • Tubuh kaku
  • Bibir kering

Tanda-tanda gugup secara psikologi
  • Tidak berani bertentang mata
  • Takut audien
  • Bimbang lupa idea
  • Malu
  • Allergic kepada ucapan

Teknik Mengawal gugup

Sebelum berucap:
  • Pilih subjek yang diminati
  • Analisis audien
  • Susun idea dengan jelas
  • berlatih secukupnya
  • Pujuk diri sendiri
  • Senaman
  • Tarik nafas panjang-panjang
  • Matlamat ucapan munasabah
  • Tenangkan mental dan fikiran
  • Bersedia secukupnya
  • Jaga makan minum
  • Berangan
  • Memahami emosi

Semasa Ucapan:
  • Pilih audien yang mesra sebagai tumpuan di awal bicara
  • Wujud dan kekalkan hubungan mata
  • Jangan pentingkan gaya penyampaian
  • Bergerak
  • Jangan berhenti bercakap walaupun gugup
  • Berlagak seperti yakin walaupun tidak berapa yakin

Merancang Penutup

1. Kenyataan untuk diingat
  • Ulang teknik tarik perhatian
  • Rujuk tema
  • Bentuk perasaan
  • Beri cabaran
  • Soalan 
  • Rayuan

2.
Elakkan
  • Tukar gaya bercakap
  • Mengaku lupa idea
  • Minta maaf keterlaluan
  • Huraian panjang

3. Review
  • Beritahu hendak berhenti
  • Ringkaskan idea utama
  • Ulang sebut idea utama

4. Menyediakan audien untuk berhenti mendengar

Kaedah Latihan

Berlatih:
  1. Jangan berlatih bahasa badan
  2. Jangan berlebihan
  3. ukur masa
  4. Hayati ucapan Berlati guna APD
  5. Rujuk nota
  6. Rakaman
  7. Buat penilaian
  8. berlatih 3-6 kali
  9. Hafal idea

Petua dalam Ucapan

1. Bahasa badan
  • Pergerakan Non-verbal: kepala, bahu, mata, mimik muka, tangan/jari
2. Penggunaan mikrofon
  • Jarak - sejengkal, laraskan volume, biarkan ditiangnya, kedudukan - audien dapat lihat muka (bawah paras dagu)
3. Pengawalan suara
  • Nada, kelantangan, pengulangan, jeda, sebutan tepat
4. Kaedah jawab soalan
  • Dengar soalan - tumpuan, jangan melayang fikiran
  • Ulang sebut soalan - minta diulang, sebut sendiri, rumusan
  • Definisi istilah, Soalan pendapat, Pecahkan soalan, Soalan fakta

Penutup

Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan setiap ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audien, suasana, dan saluran berucap.

Wacana Akademik Bahasa Melayu

selamat datang ke blog wacana akademik bahasa melayu!!

Wacana Akademik Bahasa Melayu