Penilaian Dalam Pengucapan Awam
Penilaian dan analisis dalam pengucapan awam adalah stu proses pembuktian tercapainya kecekapan keterampilan pengucap. Sifat penilaian dalam pengucapan awam merupakan pengukuran atas keterampilan yang sudah dikuasai oleh pengucap setelah sesuatu ucapan disampaikan. Untuk mencapai tahap kecekapan dan keterampilan tersebut penilaian yang dilakukan akan mempertimbangkan dari aspek indicator yang digunakan. Pembuktian keberhasilan pengucapan awam boleh diukur dengan menggunakan;
Ø Penilaian kendiri, dan
Ø Penilaian rujukan norma atau criteria.
Penilaian Kendiri
Penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau cara ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Penilaian kendiri melibatkan tiga aspek penilaian, iaitu;
a. Persediaan
v Membuat analisis audien
v Kumpulkan maklumat dan idea
v Mengatur bahan ucapan
v Merancang ucapan
b. Latihan
v Membuat beberapa kali latihan (terpulang kepada seseorang pengucap).
v Menghafal idea dan bukannya ayat atau perkataan.
v Buat catatan ringkas dan hayati ucapan.
c. Persembahan
v Gunakan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks.
v Bahagian awal ucapan pastikanmembuat preview dengan menyatakan sepintas lalu perkara yang akan diperkatakan.
Penilaian Rujukan Norma Atau Kriteria
Konsep penilaian menggunakan rujukan kriteria bermaksud sesuatu pengucapan akan dinilai berdasarkan sesuatu penilaian yang dirujuk secara khusus dengan item-item tertentu. Biasanya antara item pengucapan awam yang dinilai seperti
- Isi
- Gaya
- Bahasa
- Kematangan hujah
Secara umum penilaian rujukan kriteria boleh dibuat dalam dua bentuk penilaian,iaitu;
a. Penilaian secara holistik
Ø Penilaian dibuat secara menyeluruh.
Ø Terdapat pengkategorian item-item yang hendak dinilai, iaitu aspek
i. Penyampaian
ii. Isi
iii. Bahasa
iv. Tatacara, susunan atau organisasi sesuatu pengucapan awam
b. Penilaian secara analitik
Ø Penilaian akan dilakukan dengan meletakkan sesuatu item yang hendak dinilai dan membuat perincian sub item.
Ø Penilaian dibuat dengan membuat penelitian sesuatu item dengan meletakkan sesuatu kategori atau penarafan pengucapan tersebut.
Contoh Analisis Penilaian Holistik
Kriteria Penyampaian | 40 Markah | Penerangan |
Cemerlang | 26-40 | Disampaikan dengan cemerlang, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, informatif dan berkesan. |
Sederhana | 16-25 | Disampaikan dengan agak baik, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, masih informatif dan meyakinkan. |
Lemah | 0-15 | Disampaikan dengan agak memuaskan dan minima sahaja, persembahan kaku, kurang informatif dan agak membosankan. |
Contoh Analisis Penilaian Analitik
Penyampaian | Penarafan | Komen |
Kontak mata | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
Kejelasan dan nada suara | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
Kadar kelajuan suara | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |
Pematuhan pada masa | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | |